Friday, 30 December 2016

Nyi Roro KiduL Samb 1

Assalammualaikum semua... Jom kita sambung sikit lagi ttg Nyi Roro Kidul.  ada pon... maka tersebut lah kisah akan seseorang yg telah diberi tugas utk mengurung Nyi Roro Kidul.... hahahaaa...mcm bahasa dulu2 daa. selama tiga hari berturut2 hatinya berdebar2 dan bergetaran ... semakin hari semakin kuat getarannya.

Orang yg ditugaskan utk mengurung Nyi Roro Kidul ialah seorang yg terpilih... he is the chosen one. Jadi... aku namakan dia sebagai TCO je kat sini... (The Chosen One). Genap hari yg ketiga setelah mendapat bayangan dan lintasan. ... TCo pon menyiapkan dirinya...dan pada malam nya iaitu mlm Jumaat.... selepas melepasi tengah mlm... setelah menunaikan solat hajat dan sebagainya... TCO dah pon bersedia... dan dlm sekelip mata... dia kini sedang berada di atas puncak sebuah bukit di persisiran pantai yg betul2 mengadap ke laut selatan di Pulau Jawa... dgn berseluar hijau dan memakai jubah pendek hijau,,,dan dia tahu yg dia lengkap menyandang senjata di belakangnya... walaupon senjata yg tidak kelihatan...namun senjata2 ini tetap menunggu masa utk dicapai oleh nya. jenis2 senjata yg akan di capai oleh TCO bergantung kepada keperluannya....seolah2 senjata2 ini mengetahui apa yg diperlukan. utk kegunaan mengikut keadaan. ...

Tco sudah menduga bahawa kedatangan nya mmg tidak dialu2kan.... kelihatan jin2 yg seolah2 pengawal sedang berdiri di sekeliling dan memerhatikan nya. TCO tidak berganjak sedikit pon dan begitu jugak mereka..... dari celah pengawal2 itu muncul seekor jin yg lebih besar dan lebih ganas mukanya berbanding yg lain2.... sekor jin ni merupakan ketua kepada semua pengawal2 tadi... jeneral diaorg kot..heheee....tingginya lebih setengah dri TCO. ...mmg tinggi dan berbadan besar dan tegap... dgn matanya yg berwarna merah seolah2 ada api yg sdg menyala.. lidah yg panjang yg terjelir keluar.... sdg menghunus sebilah pedang panjang yg berkilau2an.... Namun...sedikit pon tidak digentari oleh TCO... kerana dia tahu yg dia punya tugas yg perlu di laksanakan.

Tanpa apa2 perbicaraan dan tanpa membuang masa.... maka berlaku lah ...satu pertempuran di antara TCO dan ketua pengawal jin tersebut.... tanpa mengambil masa yg panjang.. TCO mencapai senjata yg disandang dibelakangnya lalu mencantas kepala jin si ketua pengawal..... tergolek kpala jin tersebut dan bersemburan darah yg berwarna hijau......lantas terus tumbang menyembah bumi.... melihatkan keadaan tersebut... pengawal2 jin lain terus menghilangkan diri.... kini sudah tiba masanya utk TCO mengurung Nyi Roro Kidul......

Mengantuk dah... akan bersambung

Thursday, 22 December 2016

Nyi RoRo KiduL

As Salam semua... Ni kisah apa le pulak.. Munkin ada yg pernah dengar ttg kisah Nyi Roro Kidul .. yang telah menjadi satu mitos kpd penduduk2 di pulau Jawa dan amnya diseluruh kepulauan Indonesia. Perkataan mitos membawa maksud ...satu cerita dari cerita yg berkaitan dgn alam ghaib. Bagi kebanyakan penduduk2 di pulau Jawa ...terutama di bahagian selatan pulau begitu taksub dan mempercayai bahawa kejadian2 buruk yg melanda laut selatan ada lah penangan dari Nyi Roro Kidul.Dia dianggap menguasai Laut Selatan Pulau Jawa...sehingga digelar Ratu Laut Selatan. Nyi Roro yg bererti Puteri Roro dan Kidul bererti selatan.

Siapakah sebenarnya Nyi Roro Kidul?... terdapat beberapa pendapat ttg asal usulnya..  Asal Usul Nyi Roro Kidul Asli Jin Menurut Islam. Menurut Agama Islam, asal usul nyi roro kidul bukan hal yang perlu diperbincangkan. Menurut informasi Al­Qur’an dan Al­Hadist, ..fenomena nyi roro kidul adalah hal yang lumrah berkaitan dunia jin..Nyi Roro Kidul sendiri disangka sebagai penjelmaan dari pimpinan kerajaan jin di pesisir laut Selatan Jawa. Dari sini kita dapat menarik perhatian bila asal usul nyi roro kidul dgn bermcm2 kepercayaan lain. Tak perlu kita fikirkan sgt dan jangan sampai kita terpedaya oleh bermacam bentuk perangkap syaitan yang berniat utk mengelabui kita manusia. Berserah diri kita kepada Allah SWT untuk mencapai keselamatan di dunia dan akhirat.. Namun blogger menghormati kesemua pendapat2 yg lain kerana itu hak masing2 utk memberi pendapat.

Serba ringkas mengenai Nyi Roro Kidul.... dimana terdpt byk laman web dan blog yg menceritakan ttg puteri ini dan kebanyakan cerita2 tersebut hampir sama.....dan .... apa yg nak aku ceritakan disini...mmg cerita orang gila dan tak pernah didengar orang.... hahahaa... aku dah bagi amaran dari awal lagi....kann. terpulang korg nak percaya ke tidak. Yang ni mmg cerita dari aku....sealed...trademark and patented.

Adapun Nyi Roro Kidul dgn berbagai2 nama lagi...namun nama ini yg lebih dikenali dan menjadi sebutan. Beliau merupakan seorang puteri hasil perkahwinan manusia dan jin. Pernah memerintah di alam manusia dan akhirnya menjadi pemerintah kerajaan jin dan menguasai Laut Selatan. Setelah beberapa ratus tahun menguasai Laut Selatan... banyak perkara dan keburukan yg telah dilakukan...dan..  yang yg paling tidak diingini ialah ianya telah meresap ke dalam jiwa dan menakluki pemikiran ...terutama kpd penduduk2 di persekiran Laut Selatan. Dia seolah2 begitu berkuasa sehingga sampai ke tahap dilakukan pemujaan dan persembahan.
Sememangnya Nyi Roro kidul masih hidup sehingga ke hari ini kerana dia berketurunan jin... dan makhluk2 yg tinggal di alam ghaib mempunyai umur yg panjang dgn kuasa Allah SWT. yang Maha Pencipta, Korg pecaya tak?? ...Puteri Gng Ledang dan Hang Tuah pon masih hidup!! .... hahahahaaaa.... mmg gila .... 

ok... maka... dah sampai masa dan ketika.. Nyi Roro Kidul perlu di kurung. dan seseorang telah di beri tugas untuk mengurung Nyi Roro Kidul. Cuba bayangkan kalau seorang Raja Jin yg dikatakan begitu berkuasa .... lalu... seseorang (seorang manusia) di beri tugas untuk mengurung Nyi Roro Kidul??? Boleh ker?.. Apa yg nak hairan...kan? Korg penah tak dgr cerita pada masa zaman Nabi Sulaiman A.S. pada masa itu... Nabi Sulaiman A.S. menawarkan siapa kah yg terpantas yg boleh memindahkan kedudukan sebuah istana dari satu tempat ke satu tempat lain.
Dalam cerita sirah Nabi ini... kebolehan manusia telah menewaskan kebolehan jin.,, bukan aku tak nak cerita ttg kisah nie. In Syaa Allah ... kalau diberi ruang dan waktu nnty...aku akan tulis kisah nabi2 atau sirah nabi berdasarkan dari sebuah kitab lama.

Ngantuk dah nie... nanti akan bersambung..  Wassalam

Sunday, 18 December 2016

GeliGa NaGa 4 (Akhir)

As Salam... Jom sambung cerita..

Rumah Ustaz Zul terletak di tingkat 1 dari bangunan kuarters empat tingkat,,,aku cuma ikut dari belakang..di depan sekali ialah adik ipar aku kerana dia yg kenal dgn ustaz Zul ni...adik ipar aku memberi salam dan tak lama kemudian pintu dibuka...ustaz Zul mempersilakan masuk.. kami diperkenalkan dan bersalaman...dan di pelawa duduk... "duduk atas lantai lagi..munkin semua ustaz jenis ni suka duduk atas lantai kot"...otak tak sihat aku mula berfikir...uhh...lantai pon lantai lah.

Ustaz Din duduk disebelah pintu...aku di tengah..dan adik ipar aku di sebelah kanan. Ustaz Zul dan Ustaz Din rancak berbual...dan sekali sekala di sampuk oleh adik ipar aku.. dan  aku?? ...hahahaaa.. .mcm biasa le...aku diam je...sambil mendengar dgn kyusuk sekali. Dari perbualan mereka ... aku dah faham.. Ustaz Zul ni berbeza sedikit daripada Ustaz Din dari segi kebolehan mereka. Ustaz Zul tidak mengubati orang.. sebaliknya kebolehannya memasuki alam bunian menjadikan dia seolah olah seorang pedagang... yerp...pedagang dua alam... alam nyata dan alam bunian. (a two dimensions trader).

Sekiranya ada individu yg memerlukan sesuatu yg munkin hanya boleh didapati dari alam bunian.. Ustaz Zul akan kesana bertanyakan perihal barang tersebut... dan sekiranya ada.. apakah tukaran barang yg diperlukan sebagai tukar ganti...dan korang jgn fikir yg bukan2...slalunya mmg barang atau benda sebagai tukar ganti dan bukannya nyawa binatang atau manusia....dan satu lagi perbezaan diantara dua ustaz ni... ustaz Zul perlu mengamalkan sesuatu dan berpuasa dgn hanya memakan bertih beras untuk sekian hari sebelum memasuki alam bunian.... manakala ustaz Din tak perlu itu semua. Hampir setengah jam perbualan mereka... kemudian ustaz Zul bangun dan masuk ke dalam bilik... kemudian dia muncul kembali dgn membawa beberapa barang yg katanya dari alam bunian. Dipenjuru ruang tamu berdiri seekor burung cendewasih yg telah diawet ...katanya jugak dari sana. Pertama kali aku tengok burung cenderawasih nie...mmg sgt2 cantik dgn kedua belah sayapnya yg mengepak seolah2 sedang terbang di angkasa. Diantara barang2 yg ditunjuknya terdapat cendawan batu dan telur itik batu...haa,,,mmg dah jadi batu.. satu beg kecil yg diperbuat dari kain kuning untuk menyimpan duit siling atau batu atau emas/perak dan menggunakan tali yg jugak diperbuat dari kain utk menjerutnya.(mcm dlm filem zaman Hang Tuah dulu tu). Sebilah keris picit dan yg paling menarik perhatian aku ialah sehelai kain selendang. Ianya begitu lebar dan panjang,,,berwarna perak,,namun sudah lusuh.. menghampiri sebelah hujung terdapat bekas koyakan yg munkin disebabkan ianya dah mereput.. hati2 ..katanya. Aku percaya masih ada lagi barang2 yg disimpanya.

"Ni kain selendang siapa?" aku bertanya. Ianya kepunyaan Puteri Saadong, anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang...Cik Siti Wan Kembang merupakan pemerintah negeri Kelantan dlm abad ke enam belas. Nak pecaya ke tak pecaya ni... ligat balik otak aku memikirkannya... Setelah ditunjuknya beberapa barangan dari alam bunian... ustaz Zul pon bertanya kpd ustaz Din. "Mana geliga naganya...ada bawak ke tak?" Sememangnya kunjungan ustaz Din mempunyai hasrat tertentu... dan sebagai seseorang yg mempunyai sesuatu yg istimewa (geliga naga).. maka ustaz Zul setuju utk menolongnya. Ustaz Din pon mengeluarkan sebuah bekas (mcm bekas cincin tu) dibukanya perlahan lahan... aku kan duduk kat sebelah... terbeliak bijik mata aku... tapi nmpak kapas jer... perlahan2 dirungkainya kapas itu...nah...terserlah dpan mata aku...open air...hahahaaa.... lalu dihulurkan pada aku. "Dah lama nak pegang benda nie ..kan?" katanya kpd aku. Apa lagi...sebesar2 feri pulau pinang...maka tapak tangan aku tadahkan... tak berat sgt...tak ringan sgt... nak kata kaca pon bukan..batu pon bukan.. plastik pon bukan.. ntah..tak tau aku. Aku mengenggam kuat...tak rasa apa pon..biasa jer.. lama jugak aku pegang...hahahaaaa...aku tengok ustaz Zul dah tak sabar.... "Haaa...bagi ustaz Zul pulak" kata ustaz Din.

Aku hulurkan kpd ustaz Zul...dapat jer...dia terus mengenggam dgn kuat sekali... aku tgk air muka dia seperti berubah. selepas itu cepat2 dihulurkan kpd isteri yg duduk di sebelah. Isteri ustaz Zul pon sama... mengenggam dan air mukanya jugak berubah....lantas dihulurkan semula kpd aku. Pelik jugak fikir aku ... kenapa kedua2 mereka berubah muka apabila memegang geliga tersebut dan cpt2 di serahkan kembali?. Tanpa perlu di tanya... ustaz Zul menjelaskan. "sebenarnya kami berdua sdg berpuasa dan mengamal utk masuk ke alam bunian dua tiga hari lagi. Nampaknya kami kna lah mula semula sbb semuanya terasa telah disedut oleh geliga tadi..". Ustaz Din memohon maaf kerana katanya dia tak tahu yg mereka sdg berpuasa dan mengamal. Tapi kan.... aku pegang .. tak rasa apa2 pon. "Dah tak de apa yg nak disedut" kata ustaz Din berseloroh.

Begini lah rupanya geliga naga tersebut (dragon ball).
Ada banyak lagi cerita mengenai geliga2 naga lain dan cerita ttg naga.
Namun hanya satu nie yg zahir.

Aku akhiri cerita ttg naga dan geliga naga disini aje yer...

Munkin aku akan sambung cerita ttg saka yg terhenti seketika.

Dan akan diselang seli dgn cerita2 lain ttg alam mistik misteri nusantara yg tak munkin dapat dirungkai.

sehingga kita berjumpa lagi... Wassalam

Wednesday, 7 December 2016

Dragon BaLL (GeligA nAgA 3)

As Salam...Jom sembang...😉 Sebelum aku sambung cerita nie...baik aku cerita dulu serba sedikit tentang sahabat aku Ustaz Din ..sebelumnya...dia bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang sebagai seorang Supervisor. Hobi dia...kumpul batu..yg macam batu cincin tu..bermacam macam bentuk dan warna.... boleh dikatakan tiap tiap hari dia akan belek dan gilap batu batu koleksi dia ni. Satu hari dia terperasan yang ada satu batu yang lain dari yang lain dan sebelum ini memang tak ada dalam simpananya. Dia mula nampak benda2 yang sebelum ini dia tak nampak dan hatinya selalu berdebar debar seolah olah ada sesuatu yang akan terjadi. Setelah beberapa kejadian...dia mula sedar yang dia telah dianugerah suatu kebolehan oleh Allah SWT dan dia jugak menyedari yang anugerah sebegini selalunya hanya sementara. Anugerah yang diberi beserta dengan tugas...ia itu membantu orang2 yang memerlukan pertolongan. Orang2 yang memerlukan pertolongan yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus dan bukannya sakit atau penyakit fizikal. Cara dan kaedah perubatannya cukup mudah... tak perlu nak bawak wang pengkeras... atau benda2 bagai semua... kecuali air. Yerp...bawak air jer. Air asli atau semulajadi yg tak ada campuran dengan klorin dan sebagainya,... seperti air sungai... tasik.. air hujan dan yang terbaik ialah air zamzam yang bersih dan boleh diminum. Cara perubatanya sangat mudah dan setelah habis berubat (sebenarnya bukan berubat pon... tapi kita sebut je la berubat...senang cerita) Pesakit mula tertanya tanya byk mana nak bagi ni... sbb dia tak sebut langsung ttg bayaran. Katanya terpulang nak bagi byk mana sebagai hadiah... bukan bayran perubatan dan bukan jugak sedekah... kerana dia tak layak utk menerima sedekah..walaupun dia dah berhenti dari kerja.. tetapi isterinya masih seorang guru sekolah menengah. Kalau tak bagi langsung pon dia tak kisah kerana katanya dia diberi tugas ini dan melakukanya dengan ikhlas.

Boleh dikatakan hampir setiap malam ada jer pesakit yg datang berubat dgn pelbagai masalah yg berkaitan makhluk halus.... dan aku... sebagai seorang yg begitu obses dgn perkara2 mistik dan berkaitan alam ghaib... slalu gak aku ke rumah Ustaz Din semata mata kerana ingin mendengar masalah dan jugak utk berbual bual dgn orang2 yg datang dan selalu nya selepas habis semua orang berubat... aku yg paling akhir akan pulang kerana berbual bual dgn Ustaz Din.

Satu petang hari Sabtu... adik ipar aku menalifon ...katanya kalau free malam ni bole tak kerumah Ustaz Din...dan dia jugak akan kesana kerana ada hal penting. ... mmg aku dari awal lagi dh rancang nak ke rumah Ustaz Din pada malam itu. Aku sampai lebih kurang jam 10:00 malam dan adik ipar aku sudah berada di situ. Ada beberapa orang pesakit sedang berubat dan ada yg masih menunggu.. jadi seperti biasa aku memberi salam dan terus masuk... bersalaman dan...duduk ditempat feveret aku... duduk atas lantai jer... bersandar disebuah tiang.. hahaaa... ni mmg spot aku. manakala adik ipar aku duduk jauh sikit ...di sebelah pintu masuk... jadi kami tak dapat la nak berbual.

Slepas semua orang pulang... tinggal lah kami bertiga.. aku... adik ipar aku ...dan Ustaz Din. Sambil berjalan menuju ke dapur, Ustaz Din bersuara "sat..nak pi buat air..baru sedap gebang". Ustaz Din pon kembali dgn tiga cawan teh O ... trus duduk tak jauh dari tiang tmpat aku bersandar tadi... dan aku masih melekat kat tiang tadi. Aku memberi isyarat seolah olah biar mereka berdua berbincang dan aku hanya akan mendengar.Jam dah menunjukkan hampir pukul 1:00 pagi... tetapi disebabkan tajuk perbincangan yg amat menarik sekali.. hilang rasa mengantuk aku... sekali sekala aku cucuh rokok surya sambil tekun mendengar perbualan mereka. Aku tertsrik dgn satu lagi personaliti yg disebut sebut dalam perbualan mereka. Ustaz Zul...begitu lah namanya. Dia bekerja di Jabatan Perikanan dan tinggal di quarters perikanan di Pulau Pinang... dan dia jugak bukan seorang guru agama...namun masih di gelar ustaz. Aku dah dpt mengagak bahawa Ustaz Zul jugak memiliki kebolehan tertentu.

Perbincangan dh menghampiri ke penghujung... dan Ustaz Din memandang terus ke arah aku "Boleh tak? hari Selasa malam ni...kalau boleh..mai amik saya selepas asar" kata Ustaz Din... seolah olah dia dpt membaca fikiran aku..aku tak kan lepaskan peluang.. aku mengangguk kepala dan hanya berkata :"In Syaa Allah". Kami bangun ...mintak diri utk pulang dan bersalaman. Dalam masa yg sama sekali lagi adik ipar aku mengingatkan Ustaz Din.."ustaz..jgn lupa ye...bawak dragon ball tu sekali",

Kami kerumah Ustaz Zul pada hari Selasa itu dan berada di rumahnya sejurus selepas Maghrib seperti yang dijanjikan.. ...dan...disitulah...buat pertama kalinya aku dapat memegang geliga naga tersebut...  aku akan sambung sedikit lagi cerita ini semasa kami berada di rumah Ustaz Zul... apakah kebolehan Ustaz Zul... dan beberapa kejadian disana... jadi aku mohon maaf kerana gambar geliga naga hanya akan aku paparkan dalam bab yg akan datang.

Akan bersambung... Wassalam

Tuesday, 6 December 2016

Dragon Ball (GeliGa NagA 2)

AsSalam... jom sambung..
Aku kerap ke rumah kawan aku..dan dia digelar Ustaz, walaupon dia bukan lah seorang Guru Agama..munkin akan berlaku kekeliruan disini. Apa yg biasanya kita faham ttg Ustaz ialah seorang guru agama dan tentunya yg berkaitan dgn agama. Mengikut istilah atau perkataan ustaz ini tidak terdapat di dalam Al-Quran. Perkataan "ustadz" dikatakan berasal dari perkataan Farsi ..dan menyerap ke bahasa Arab.... ianya membawa maksud guru dalam sebarang bidang... dan yg lebih tepat ialah seorang yg pakar di dalam sesuatu bidang...tapi pelik kan...kalau seorang doktor pakar bedah yg bernama Firdaus di panggil Ustaz Firdaus. Namun, itulah maksud yg sebenar. Jadi.. di tmpat kita ni... slalunya perkataan ustaz di gunakan khas kepada guru2 agama dan jugak kepada yg ahli tentang alam ghaib.

Ustaz Din merupakan seorang kawan dan sahabat... ini bererti tidak ada rahsia di antara kami. Dalam sekian kalinya aku ke rumah ustaz Din...dia sering menceritakan tentang geliga naga yg dimilikinya....seperti biasa aku mendengar dgn tekun namun didalam hati aku tertanya2 jugak... asik cerita jer... mana geliga naga nya....haaaa...itu masa kami belum menjadi sahabat..tentunya ada had rahsia yg terbatas. ...jadi..setelah lama berkawan dan masing2 mula mengenali dan mempercayai antara satu sama lain...baru lah terjalin ikatan sebagai sahabat. Setelah itu baru lah Ustaz Din mula memperlihatkan apa yg dikatakan geliga naga, Sebayak dua kali di tunjuknya kepada aku. Tapi...aku hanya sekadar dapat melihat. Apa tak nya....bnda tersebut di letaknya di dalam mangkuk yg jernih.. aku lihat terdpt sedikit air di dalam mangkuk tadi... dan mangkuk tdi ditutupnya dengan plastik jernih dan di seal dgn cellar tape... mmg boleh nampak...kann. Antara percaya dgn tidak...betul ker geliga naga nih... kecik tonet jer.... hahahaa

Ianya berbentuk bulat "sphere" dan saiznya sebesar guli kecik tu... kecik jer kann... dan berwarna Hijau. Hijaunya yg boleh berubah ubah dari hijau berat ke hijau ringan.... Aku pon tanya dgn ustaz...bukan ker..dragon ball ni sebesar peluru besi meriam tu ... dan berwarna oren kemerahan.
Ustaz Din tersenyum... katanya... ada banyak saiz sebenarnya.... malah lebih besar dari peluru meriam tu pon ada.. tapi... yg ni jer yg saya ada..katanya.... aku tanya lagi..air apa kat dalam mangkuk tu.. katanya itu air laut..kerana geliga ini datang dari Naga Laut..... sebenarnya mmg panjang cerita ni...aku cuba pendekkan supaya tak bosan lak nanti membacanya.... tentang bagaimana dia tahu akan rupabentuk dragon ball yg lain2 tu... peghhhhh... bab ni munkin lain kali kot akan aku ceritakan.. In Syaa Allah. Bila pulak masanya aku dapat memegang geliga naga milik ustaz ni... akan aku sambung di post akan datang bersama2 dgn gambar sebenar geliga naga tersebut.

Akan bersambung... Wassalam

Sunday, 4 December 2016

Dragon Ball (GeliGA NaGa)

As Salam....maaf...ada gangguan sikit ttg cerita saka tu... nanti aku sambung semula....ok... kali ni aku nak cerita sikit sikit tentang Dragon Ball atau Geliga Naga.  Cerita ni pon agak berat jugak sebab ianya masih berkaitan dengan alam ghaib, Alam Mistik atau cerita lagenda. First of all...korang pecaya ke dengan kewujudan makluk yang disebut sebagai Naga nih... Munkin ada yg percaya dan rasanya ramai yang tidak. Sebab?...tak ada bukti...tak pernah lihat..dan mana ada penah org jumpa fossil atau tulang2 yg boleh dikaitkan dgn Naga. Naga yang dicipta oleh manusia ada le. kann...saperti lukisan2 dan ukiran saperti yg dpt kita lihat di kebanyakan tokong2 cina. dan kebiasaannya ia diukir atau dihasilkan menggunakan simen dan ditempatkan di atas bumbung2 tokong tersebut... malahan mengikut kalendar cina jugak ada terdapat Tahun Naga.

Okay...satu persoalan disini...bagaimana kita nak gambarkan sesuatu benda atau makluk atau apa2 je lah...sedangkan benda itu kita tak pernah melihatnya?? bagaimana nak bayangkan dan bagaimana nak gambarkan rupa bentuknya. Begitukah rupa bentuk Dragon Ball yang sebenar... saperti yang dibayangkan di dalam siri animasi Dragon Ball.

Orang2 cina dengan ukiran dan gambaran Naga nya manakala orang2 jepun dgn lukisan dan gambaran Dragon Ball nya. Seawal kurang lebih 1600 tahun sebelum masehi...orang2 cina telah mengakui tentang kewujudan Naga... apakan Naga wujud pada masa itu...apakah ada orang yang pernah melihat kelibat Naga2 tersebut....maka ianya digambarkan sebegitu rupa... dan jawapannya munkin ada dil luar kotak pemikiran kita.

Mengikut cerita... terdapat tiga jenis Naga... Naga yang tinggal di darat.. di lautan dan di udara. Apakah Naga2 ini hanya jelmaan....hahahaaa... tiada siapa yang dapat menjawap... yg pasti...setiap apa yang ada di alam semesta...semuanya ada lah hak milik Allah SWT.. yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian dan pergerakan yang terjadi. Apakah Naga2 ini hidup bersendirian atau pon hidup berkelompok dan mempunyai kerajaan? Cerita2 begini memang tidak akan diceritakan oleh seseorang walaupon dia mengetahui tentangnya. Kerana apa?? kerana sudah pasti kita akan menganggap dan mengatakan yang orang itu orang gila. Ianya lebih kepada cerita rekaan atau cerita fiksyen semata mata. Namun... bagi hamba2 Allah yang terpilih yang memiliki darjat kewalian yang tinggi... mereka ini diberi keistimewaan dan kebolehan untuk melihat sesuatu yang kita tidak dpt melihat dgn izin Nya. Percaya atau tidak ... terpulang kepada kita... Dan bagaimana kalau aku katakan aku pernah melihat dan memegang Geliga Naga...???

Akan bersambung....

Saturday, 26 November 2016

SakA (Bab 2)

Assalammualaikum... bersambung lagi... mmg byk simpulan yg perlu aku rungkaikan dan byk cerita dan kejadian yg berselerakan saperti sekeping puzzle yg perlu aku cantum dan susun dgn teliti. Aku akan cuba sebaik munkin supaya jalan ceritanya tersusun dan berjalan dgn lancar supaya mudah di fahami. Akan terdpt kejadian2 atau cerita yg munkin bgi sesetgh org lansung tak dpt diterima dik akal pemikiran kita.... especially yg bersangkutan dgn alam ghaib. Bagi kita manusia...kita lebih percaya dan akui dgn apa yg pernah kita lihat dan kita lalui sendiri...dan ada sesetgh cerita yg begitu menyakini dan ada yg lansung tak masuk akal. Its ok...no problem...anggap je mcm korg sdg membaca sebuah cerpen atau pun menonton filem yg hanya lah rekaan semata mata... tiada kaitan dgn yg masih hidup mahu pun yg telah mati.

Allah SWT yang Teragung menjadikan alam semesta yg teramat luas ni dgn alam yg berlapis lapis. Terdapat byk alam di dlm nya.... Alam manusia sahaja terdiri dari tujuh fasa alam..iaitu:
1.   Alam Roh
2.   Alam Dunia
3.   Alam Kubur (Barzakh)
4.   Fasa Di Bangkitkan
5.   Alam Mahsyar
6.   Fasa DiHisab
7.   Alam Syurga/Neraka

Blogger tak akan bincangkan ttg fasa alam manusia disini....kecuali "Alam Dunia".  Bermulanya keluar dari rahim seorg ibu...sehinggalah ke hembusan nafas yg terakhir...itu lah alam dunia bagi tiap2 makluk di namakan manusia. Melalui Panca Indera yg dikurniakan oleh Allah SWT... kita menjalani kehidupan di dunia ini... kita dpt melihat...dpt merasa...dpt mendengar dan sebagainya, Tapi...haaa...bgaimana pulak dgn benda2 yg kita tak dpt lihat tetapi dia berada berdekatan...munkin sdg berdiri di hadapan kita..?? Kalau seseorg mengatakan...ada seorg tua yg bongkok sdg berdiri dihadapan awak.... Nak pecaya ke Tak ni!! Pastinya kita tak akan percaya...sbb kita tak nmpak.."Mana ada!! Mana ada!!" hahaaa...cpt jer kan..jawapan dari kita...walaupun bulu tengkuk terasa berdiri gak sikit... heheeee...

Itu lah yg di maksudkan dgn alam yg berlapis lapis. Agak susah gak nk dihuraikan...mcm puzzle tu...nk dicantumkan....setelah selesai semuanya diatur dan dicantumkan dgn betul dan tepat...baru lah kita dpt melihat gambaran sebenar yg tertera....Iyaa... mmg byk alam...dan alam ni berlapis lapis dan ada yg bertindih.... dan alam yg paling hampir dgn kita ialah apa yg kita tahu selama ini iaitu alam ghaib (alam jin atau alam bunian). ...yg lain2 tu....mmg di luar jangkauan dan kemampuan otak kita. Biar lah ia kekal begitu sebagai rahsia Allah SWT.

Bersambung...

Wednesday, 23 November 2016

SakA (Bab SatU)

Assalammualaikum semua... Jom kita sambung. "Agak agak pnjang lagi ke mukadimah ni bro?"...tnya sorg sahabat. Kalau aku nk perincikan satu persatu mmg agak panjang.. kerana semua nya berkaitan supaya kita bole lebih memahami. Kebiasaan nya ...tulisan atau nukilan aku disini sblom ini byk dlm bentuk bahasa bayangan atau kiasan. Tapi...dlm bab ni aku kna berhati hati. ...haaaaa...takut salah fhm lak nnti... dan kalau nk diceritakan ttg asal usul susur galur bangsa Melayu...phewww...jenuh. Korang bole melayari fb atau blog dari seorg pengkaji sejarah khusus kpd susur galur bangsa Melayu hasil dari kajian dan penemuan yg tidak ternilai dari Cik Srikandi. Fb asalnya yg berjudul Alter Terahsia Bangsa Melayu mmg yg terbaik untuk dibaca dan semuga kita sedar dan berbangga dgn diri kita yg berbangsa Melayu yg telah berhijrah beribu tahun dahulu ke sebuah benua yg pada ketika itu di gelar sebagai Nusantara.
 Ok..now... apa pulak kaitan Nabi Allah Ibrahin Alaihissalam dgn bangsa Melayu? Memang ada kaitan.. Dari kajian sejarah... kajian DNA dan sejarah migrasi dan penghirahan kaum pada zaman awal dahulu... Melayu di katakan ber keturunan dari isteri ketiga Nabi Allah Ibrahim yang bernama Siti Katirah.



Bangsa Melayu yg pada ketika itu di gelar Bani Jawi meneruskan penghijrahan sehingga sampai ke satu benua yg di gelar Nusantara. Ada pun Nusantara pada ketika itu merupakan satu kawasan daratan yg amat luas meliputi Tanah Melayu, Semua kepulauan Indonesia, Kepulauan Borneo ... hingga ke selatan Vietnam tanpa di pisahkan oleh lautan. Berselerakkan lah nenek moyang kita pada ketika itu.. ada yg sampai ke indonesi...ada yang smpai ke kepualauan borneo ..malah ada yg sampai ke kambodia (Melayu Campa). Pokoknya kita semua bersaudara dari rumpun yg sama.
Berbekalkan kebolehan dan keistimewaan Nabi Allah Ibrahim iaitu menguasai alam Jin dan jugak menyembah pada yg Satu seolah olah ianya di warisi oleh bangsa Melayu. Namun setelah beratus ratus tahun dan terpisah dari jarak dan masa tnpa susulan atau peringatan mengenai agama menyembah pada yang Satu.... lama kelamaan kepercayaan ini semakin pudar. Namun ttg kepercayaan utk cuba menembusi alam Jin masih ttp diwarisi .

Haaa...korang nmpak kann...dah berkait dah tu.Dan sebelum aku mengakhiri Bab ini.. (Amaran kpd pembaca yg berumur 13 tahun kebawah..Anda munkin memerlukan bimbingan Ibu Bapa). Dan jugak... sbelum aku meneruskan ke Bab seterusnya.. Munkin ada di kalangan pembaca yg lebih arif atau mahir dgn ilmu alam misteri atau alam ghaib atau berkenaan makhluk halus. Sekiranya aku ada tersilap nnty... mohon betulkan yer.. komen jer kat komen tu... kerana aku masih mentah dlm hal hal sebegini dan jalan penceritaan akan byk berkisar dari apa yg pernah aku dgr dan apa yg aku alami sndiri.

Akan bersambung......

Wassalam

Tuesday, 22 November 2016

SakA

Assalammualaikum...bertemu kembali kita di alam maya ini. Semuga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Tengok jer tajuk kat atas tu....seriau kann?,,, hahaaa.. meremang bulu tengkuk aku...kerana banyak yang dah aku lalui dan alami yang berkaitan dgn saka. Aku akui yg aku mmg sgt2 obses dgn cerita cerita misteri yg bersangkutan dgn alam ghaib sejak dari budak budak lagi. Berjalan bersendirian di dlm kegelapan malam semasa pulang dari mengaji Al-Quran merupakan detik2 yg amat mencemaskan.. pernah sekali tu.. daun pelepah kering yg jatuh dari pokok kelapa betul2 di blakang aku. apa lagi.... hahahaaa...lari mcm tak cukup tanah dibuatnya... tercungap cungap sampai dirumah. dan apabila aku ceritakan...bapa dan ibu aku hanya ketawa sambil mengeleng geleng kepala,..cuma satu bulan dari dua belas bulan dlm setahun...aku mnjadi berani dan tidak lansung merasa takut walaupun sebelum itu...dgn bayang2 sndiri pun aku terkejut.Bulan itu ialah Bulan Ramadan... (Hantu..Jin semua kna rantai kata Ibu aku)  Memang panjang kalau nk di ceritakan... bole buat cerpen. :) dan apa yg akan aku ceritakan ialah mengenai diri aku dan keluarga aku sendiri...tak ada kaitan dgn org lain...kang naya jer kena saman... heheehe.. .munkin akan aku kaitkan sikit..utk mencukupkan asam , garam dan belacan.

Di sini aku akan ceritakan satu persatu.. munkin nnty akan bersiri kot...hahahaaa... mcm drama la pulak. Tapi... sblum apa apa pun ...sebagai mukadimah...elok rasanya aku kupas dulu...apa kah itu SakA. Binatang apa saka tu... makluk jenis apa...mcm mana rupa dia?.. dan sebagainya. Tak semua dari kalangan kita yang betul betul memahami tentang saka ...bagaimana tanggapan dan penerimaan kita terhadap saka... Dan...dan..dan...yang pelik tapi benar... bila berckp ttg saka.... memang tak bole tidak...yang di kaitkan dan yg mewarisi saka ialah orang MELAYU...

Kita perlu kembali jauh ke zaman silam...ok.. lets travel with time tunnel transporter. Back to the past.. Not to the future....its nonsense... nobody like us can see the future. Apa nk terjadi esuk ke ats diri sndiri pun kita tak dpt nk ramalkan.

Kita perlu mengkaji sejarah ttg asal usul galur susur bangsa Melayu. Panjang ceritanya kann.. aku pendekkan disini. ... Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam merupakan seorang nabi yg diberi keistimewaan . Dengan hasil perkahwinan dgn tiga isteri2nya...dari situ salasilah keturunan manusia mula membiak dan berselerakan diats muka bumi ini. Beliau jugak mampu berbicara dgn Jin. Ada lah diketahui bahawa jin dgn kebolehan tersendiri boleh di perintah melakukan sesuatu pekerjaan yg tak munkin mampu dilakukan oleh manusia biasa dgn izin Allah SWT.

Akan bersambung...ngantuk dah nie..

Wassalam

Sunday, 20 November 2016

NaK akTif Balik??? Ye ke Tak Nie..



Assalammualaikum semua....kalau tgk kat blog aku nie..kann..hahahaaa...mcm hampeh jer. Aku bukan blogger kental (aktif) sgt pon.. nk gelar diri nie blogger. Tapi...at least jadi le...rasa gak diri nie mcm blogger...tak gitu???. Perasan sndiri...heee. Aku tringat satu pepatah orang utara "Pi Mai Pi Mai Dok Tang Tu Jugak". Hmm... lama dh tak dgr ungkapan nie....sejak dunia dh jadi moden.... semakin byk innovasi dan rekaan baru yg dicipta atau tercipta mengikut keperluan dan kehendak manusia.... terutama dgn gadget dan applikasi utk alam maya atau cyber world. Dunia mnjadi semakin kecik tnpa garis sempadan.... terpulang kpd kita utk draw the line atau menentukan sempadan nya. 

Ehhh...apa yg aku nk citer nie..Ok...hahahaaa...alam maya..bermula dgn beberapa chatting platform sebelumnya... dan aku...aku mula knal berchatting dgn menggunakan ICQ (I Seek You) di awal tahun 1997.... dan diantara yg pernah aku gunakan ia lah yahoo messengger (dah takde kot), Chatango...Mibbit... dan terakhir IRC (kini menghampiri zaman gelap). Dan byk lagi yg boleh dikatakan yg masih popular seperti Wechat, Telegram.. Skype..Wassapp dan entah apa2 lagi...huhuuu. 

Dalam bln February 2004 ...Facebook dilancarkan.. Website yg hanya bermula utk kegunaan pelajar2 di Harvard University kini telah di komersial dan hasil pendapatan nya dah mencecah melebehi US 4 Billion setahun melalui iklan dan sebagainya....dan bagi aku...munkin sebab aku dah draw the line dan letak kan garis sempadan....jadi.. tak salah kalau aku katakan dah jemu dgn semua tu.... dan akhirnya...haaaa...Di SiNi .. yang best... aku bole ckp sorang2...bebel sorang2...so ...Yesss... Aku Nak AkTif Balik ber Blog... kekekekeeee

Wassalam

Thursday, 17 November 2016

                                                           I AM BACK GUYs

Assalammualaikum semua...hahahaaa....dah lama tak update blog nie...kann....dah 4 tahun tu... huhuuu...begitu cepat masa berlalu.Alhamdulillah dengan rahmat Nya aku masih bernafas dan menikmati nikmat yang dicurahkan oleh Nya. Dan...dunia terus berputar...macam macam kejadian yang telah berlaku ke atas diri kita dan jugak di muka bumi ini. Ada pepatah yang mengatakan "Hidup saperti Roda".Ada kala di atas dan ada masanya berada dibawah. Tapi bagi aku lain sikit yang aku fahami dari pepatah tersebut. Memang benar roda yang sedang berpusing akan berada diatas dan di bawah selagi dia terus berpusing, dan selagi roda itu terus berpusing...ia akan terus bergerak kehadapan jika kenderaan yang dipacu. Bayangkan apabila kita sedang memandu sesuatu kenderaan..apa kah yg akan terjadi?? agak panjang jalan ceritanya...kan...okay...aku akan ringkaskan disini..sudah pasti kita akan pandang kehadapan...melihat jalan yang akan kita lalui..namun sekali sekala perlu jugak kita melihat dibelakang melalui "side / back mirror". Manakala jalan yang kita lalui pulak..bermacam bentuk dan rupanya..ada jalan lurus...ada yang bengkang bengkok...naik bukit...turun bukit. Ada jalan yang lengang seolah olah jalan tu hanya milik kita seorang..wahh ..bestnye...hahahaaa... dan pastinya ada jalan yang sesak apabila kita mula menghampiri bandar... apa lagi apabila berada di dalam kesesakan bandar. disini kita perlu bertolak ansur dgn pemandu atau kenderaan lain. Pastu... Red light pulakkk.ada lampu isyarat. kena berhenti le ..kann,,Haaa...lampu hijau...bole jalan dah. Lewat sikit nk jalan ..dah kena hon dari orang belakang.. haishhh...tak sabar sungguh...marah ni...marahhh..ehh..memang patut org belakang tu marah dan bunyikan hon....aku tgh tgk wassap...heheheee.... jumpa pulak jalan simpang tiga....kalau nak kekiri ..bole je...ikut cara beri laluan... jumpa pulak dgn pusingan atau "roundabout":... hahaa...pusing la berapa pusingan pon...tak ada org nak marah...dan lagi.. tiap tiap jalan walau pun jalan sehala ..sudah pasti akan ada pusingan U... cuma nya sama ada jauh atau dekat pusingan U tu. Dan terakhir yang paling tak best ialah apabila kenderaan terpaksa di hentikan sebab dah sampai ke jalan mati... phewwww. Wahai sahabat semua..  Sekiranya betul betul difahami apa yg cuba aku sampaikan... begitu lah sedikit banyak tentang perjalanan kehidupan kita.

Wassalam