As Salam... Jom sambung cerita..
Rumah Ustaz Zul terletak di tingkat 1 dari bangunan kuarters empat tingkat,,,aku cuma ikut dari belakang..di depan sekali ialah adik ipar aku kerana dia yg kenal dgn ustaz Zul ni...adik ipar aku memberi salam dan tak lama kemudian pintu dibuka...ustaz Zul mempersilakan masuk.. kami diperkenalkan dan bersalaman...dan di pelawa duduk... "duduk atas lantai lagi..munkin semua ustaz jenis ni suka duduk atas lantai kot"...otak tak sihat aku mula berfikir...uhh...lantai pon lantai lah.
Ustaz Din duduk disebelah pintu...aku di tengah..dan adik ipar aku di sebelah kanan. Ustaz Zul dan Ustaz Din rancak berbual...dan sekali sekala di sampuk oleh adik ipar aku.. dan aku?? ...hahahaaa.. .mcm biasa le...aku diam je...sambil mendengar dgn kyusuk sekali. Dari perbualan mereka ... aku dah faham.. Ustaz Zul ni berbeza sedikit daripada Ustaz Din dari segi kebolehan mereka. Ustaz Zul tidak mengubati orang.. sebaliknya kebolehannya memasuki alam bunian menjadikan dia seolah olah seorang pedagang... yerp...pedagang dua alam... alam nyata dan alam bunian. (a two dimensions trader).
Sekiranya ada individu yg memerlukan sesuatu yg munkin hanya boleh didapati dari alam bunian.. Ustaz Zul akan kesana bertanyakan perihal barang tersebut... dan sekiranya ada.. apakah tukaran barang yg diperlukan sebagai tukar ganti...dan korang jgn fikir yg bukan2...slalunya mmg barang atau benda sebagai tukar ganti dan bukannya nyawa binatang atau manusia....dan satu lagi perbezaan diantara dua ustaz ni... ustaz Zul perlu mengamalkan sesuatu dan berpuasa dgn hanya memakan bertih beras untuk sekian hari sebelum memasuki alam bunian.... manakala ustaz Din tak perlu itu semua. Hampir setengah jam perbualan mereka... kemudian ustaz Zul bangun dan masuk ke dalam bilik... kemudian dia muncul kembali dgn membawa beberapa barang yg katanya dari alam bunian. Dipenjuru ruang tamu berdiri seekor burung cendewasih yg telah diawet ...katanya jugak dari sana. Pertama kali aku tengok burung cenderawasih nie...mmg sgt2 cantik dgn kedua belah sayapnya yg mengepak seolah2 sedang terbang di angkasa. Diantara barang2 yg ditunjuknya terdapat cendawan batu dan telur itik batu...haa,,,mmg dah jadi batu.. satu beg kecil yg diperbuat dari kain kuning untuk menyimpan duit siling atau batu atau emas/perak dan menggunakan tali yg jugak diperbuat dari kain utk menjerutnya.(mcm dlm filem zaman Hang Tuah dulu tu). Sebilah keris picit dan yg paling menarik perhatian aku ialah sehelai kain selendang. Ianya begitu lebar dan panjang,,,berwarna perak,,namun sudah lusuh.. menghampiri sebelah hujung terdapat bekas koyakan yg munkin disebabkan ianya dah mereput.. hati2 ..katanya. Aku percaya masih ada lagi barang2 yg disimpanya.
"Ni kain selendang siapa?" aku bertanya. Ianya kepunyaan Puteri Saadong, anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang...Cik Siti Wan Kembang merupakan pemerintah negeri Kelantan dlm abad ke enam belas. Nak pecaya ke tak pecaya ni... ligat balik otak aku memikirkannya... Setelah ditunjuknya beberapa barangan dari alam bunian... ustaz Zul pon bertanya kpd ustaz Din. "Mana geliga naganya...ada bawak ke tak?" Sememangnya kunjungan ustaz Din mempunyai hasrat tertentu... dan sebagai seseorang yg mempunyai sesuatu yg istimewa (geliga naga).. maka ustaz Zul setuju utk menolongnya. Ustaz Din pon mengeluarkan sebuah bekas (mcm bekas cincin tu) dibukanya perlahan lahan... aku kan duduk kat sebelah... terbeliak bijik mata aku... tapi nmpak kapas jer... perlahan2 dirungkainya kapas itu...nah...terserlah dpan mata aku...open air...hahahaaa.... lalu dihulurkan pada aku. "Dah lama nak pegang benda nie ..kan?" katanya kpd aku. Apa lagi...sebesar2 feri pulau pinang...maka tapak tangan aku tadahkan... tak berat sgt...tak ringan sgt... nak kata kaca pon bukan..batu pon bukan.. plastik pon bukan.. ntah..tak tau aku. Aku mengenggam kuat...tak rasa apa pon..biasa jer.. lama jugak aku pegang...hahahaaaa...aku tengok ustaz Zul dah tak sabar.... "Haaa...bagi ustaz Zul pulak" kata ustaz Din.
Aku hulurkan kpd ustaz Zul...dapat jer...dia terus mengenggam dgn kuat sekali... aku tgk air muka dia seperti berubah. selepas itu cepat2 dihulurkan kpd isteri yg duduk di sebelah. Isteri ustaz Zul pon sama... mengenggam dan air mukanya jugak berubah....lantas dihulurkan semula kpd aku. Pelik jugak fikir aku ... kenapa kedua2 mereka berubah muka apabila memegang geliga tersebut dan cpt2 di serahkan kembali?. Tanpa perlu di tanya... ustaz Zul menjelaskan. "sebenarnya kami berdua sdg berpuasa dan mengamal utk masuk ke alam bunian dua tiga hari lagi. Nampaknya kami kna lah mula semula sbb semuanya terasa telah disedut oleh geliga tadi..". Ustaz Din memohon maaf kerana katanya dia tak tahu yg mereka sdg berpuasa dan mengamal. Tapi kan.... aku pegang .. tak rasa apa2 pon. "Dah tak de apa yg nak disedut" kata ustaz Din berseloroh.
Begini lah rupanya geliga naga tersebut (dragon ball).
Ada banyak lagi cerita mengenai geliga2 naga lain dan cerita ttg naga.
Namun hanya satu nie yg zahir.
Aku akhiri cerita ttg naga dan geliga naga disini aje yer...
Munkin aku akan sambung cerita ttg saka yg terhenti seketika.
Dan akan diselang seli dgn cerita2 lain ttg alam mistik misteri nusantara yg tak munkin dapat dirungkai.
sehingga kita berjumpa lagi... Wassalam
No comments:
Post a Comment