AsSalam... jom sambung..
Aku kerap ke rumah kawan aku..dan dia digelar Ustaz, walaupon dia bukan lah seorang Guru Agama..munkin akan berlaku kekeliruan disini. Apa yg biasanya kita faham ttg Ustaz ialah seorang guru agama dan tentunya yg berkaitan dgn agama. Mengikut istilah atau perkataan ustaz ini tidak terdapat di dalam Al-Quran. Perkataan "ustadz" dikatakan berasal dari perkataan Farsi ..dan menyerap ke bahasa Arab.... ianya membawa maksud guru dalam sebarang bidang... dan yg lebih tepat ialah seorang yg pakar di dalam sesuatu bidang...tapi pelik kan...kalau seorang doktor pakar bedah yg bernama Firdaus di panggil Ustaz Firdaus. Namun, itulah maksud yg sebenar. Jadi.. di tmpat kita ni... slalunya perkataan ustaz di gunakan khas kepada guru2 agama dan jugak kepada yg ahli tentang alam ghaib.
Ustaz Din merupakan seorang kawan dan sahabat... ini bererti tidak ada rahsia di antara kami. Dalam sekian kalinya aku ke rumah ustaz Din...dia sering menceritakan tentang geliga naga yg dimilikinya....seperti biasa aku mendengar dgn tekun namun didalam hati aku tertanya2 jugak... asik cerita jer... mana geliga naga nya....haaaa...itu masa kami belum menjadi sahabat..tentunya ada had rahsia yg terbatas. ...jadi..setelah lama berkawan dan masing2 mula mengenali dan mempercayai antara satu sama lain...baru lah terjalin ikatan sebagai sahabat. Setelah itu baru lah Ustaz Din mula memperlihatkan apa yg dikatakan geliga naga, Sebayak dua kali di tunjuknya kepada aku. Tapi...aku hanya sekadar dapat melihat. Apa tak nya....bnda tersebut di letaknya di dalam mangkuk yg jernih.. aku lihat terdpt sedikit air di dalam mangkuk tadi... dan mangkuk tdi ditutupnya dengan plastik jernih dan di seal dgn cellar tape... mmg boleh nampak...kann. Antara percaya dgn tidak...betul ker geliga naga nih... kecik tonet jer.... hahahaa
Ianya berbentuk bulat "sphere" dan saiznya sebesar guli kecik tu... kecik jer kann... dan berwarna Hijau. Hijaunya yg boleh berubah ubah dari hijau berat ke hijau ringan.... Aku pon tanya dgn ustaz...bukan ker..dragon ball ni sebesar peluru besi meriam tu ... dan berwarna oren kemerahan.
Ustaz Din tersenyum... katanya... ada banyak saiz sebenarnya.... malah lebih besar dari peluru meriam tu pon ada.. tapi... yg ni jer yg saya ada..katanya.... aku tanya lagi..air apa kat dalam mangkuk tu.. katanya itu air laut..kerana geliga ini datang dari Naga Laut..... sebenarnya mmg panjang cerita ni...aku cuba pendekkan supaya tak bosan lak nanti membacanya.... tentang bagaimana dia tahu akan rupabentuk dragon ball yg lain2 tu... peghhhhh... bab ni munkin lain kali kot akan aku ceritakan.. In Syaa Allah. Bila pulak masanya aku dapat memegang geliga naga milik ustaz ni... akan aku sambung di post akan datang bersama2 dgn gambar sebenar geliga naga tersebut.
Akan bersambung... Wassalam
No comments:
Post a Comment