Wednesday, 7 December 2016

Dragon BaLL (GeligA nAgA 3)

As Salam...Jom sembang...😉 Sebelum aku sambung cerita nie...baik aku cerita dulu serba sedikit tentang sahabat aku Ustaz Din ..sebelumnya...dia bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang sebagai seorang Supervisor. Hobi dia...kumpul batu..yg macam batu cincin tu..bermacam macam bentuk dan warna.... boleh dikatakan tiap tiap hari dia akan belek dan gilap batu batu koleksi dia ni. Satu hari dia terperasan yang ada satu batu yang lain dari yang lain dan sebelum ini memang tak ada dalam simpananya. Dia mula nampak benda2 yang sebelum ini dia tak nampak dan hatinya selalu berdebar debar seolah olah ada sesuatu yang akan terjadi. Setelah beberapa kejadian...dia mula sedar yang dia telah dianugerah suatu kebolehan oleh Allah SWT dan dia jugak menyedari yang anugerah sebegini selalunya hanya sementara. Anugerah yang diberi beserta dengan tugas...ia itu membantu orang2 yang memerlukan pertolongan. Orang2 yang memerlukan pertolongan yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus dan bukannya sakit atau penyakit fizikal. Cara dan kaedah perubatannya cukup mudah... tak perlu nak bawak wang pengkeras... atau benda2 bagai semua... kecuali air. Yerp...bawak air jer. Air asli atau semulajadi yg tak ada campuran dengan klorin dan sebagainya,... seperti air sungai... tasik.. air hujan dan yang terbaik ialah air zamzam yang bersih dan boleh diminum. Cara perubatanya sangat mudah dan setelah habis berubat (sebenarnya bukan berubat pon... tapi kita sebut je la berubat...senang cerita) Pesakit mula tertanya tanya byk mana nak bagi ni... sbb dia tak sebut langsung ttg bayaran. Katanya terpulang nak bagi byk mana sebagai hadiah... bukan bayran perubatan dan bukan jugak sedekah... kerana dia tak layak utk menerima sedekah..walaupun dia dah berhenti dari kerja.. tetapi isterinya masih seorang guru sekolah menengah. Kalau tak bagi langsung pon dia tak kisah kerana katanya dia diberi tugas ini dan melakukanya dengan ikhlas.

Boleh dikatakan hampir setiap malam ada jer pesakit yg datang berubat dgn pelbagai masalah yg berkaitan makhluk halus.... dan aku... sebagai seorang yg begitu obses dgn perkara2 mistik dan berkaitan alam ghaib... slalu gak aku ke rumah Ustaz Din semata mata kerana ingin mendengar masalah dan jugak utk berbual bual dgn orang2 yg datang dan selalu nya selepas habis semua orang berubat... aku yg paling akhir akan pulang kerana berbual bual dgn Ustaz Din.

Satu petang hari Sabtu... adik ipar aku menalifon ...katanya kalau free malam ni bole tak kerumah Ustaz Din...dan dia jugak akan kesana kerana ada hal penting. ... mmg aku dari awal lagi dh rancang nak ke rumah Ustaz Din pada malam itu. Aku sampai lebih kurang jam 10:00 malam dan adik ipar aku sudah berada di situ. Ada beberapa orang pesakit sedang berubat dan ada yg masih menunggu.. jadi seperti biasa aku memberi salam dan terus masuk... bersalaman dan...duduk ditempat feveret aku... duduk atas lantai jer... bersandar disebuah tiang.. hahaaa... ni mmg spot aku. manakala adik ipar aku duduk jauh sikit ...di sebelah pintu masuk... jadi kami tak dapat la nak berbual.

Slepas semua orang pulang... tinggal lah kami bertiga.. aku... adik ipar aku ...dan Ustaz Din. Sambil berjalan menuju ke dapur, Ustaz Din bersuara "sat..nak pi buat air..baru sedap gebang". Ustaz Din pon kembali dgn tiga cawan teh O ... trus duduk tak jauh dari tiang tmpat aku bersandar tadi... dan aku masih melekat kat tiang tadi. Aku memberi isyarat seolah olah biar mereka berdua berbincang dan aku hanya akan mendengar.Jam dah menunjukkan hampir pukul 1:00 pagi... tetapi disebabkan tajuk perbincangan yg amat menarik sekali.. hilang rasa mengantuk aku... sekali sekala aku cucuh rokok surya sambil tekun mendengar perbualan mereka. Aku tertsrik dgn satu lagi personaliti yg disebut sebut dalam perbualan mereka. Ustaz Zul...begitu lah namanya. Dia bekerja di Jabatan Perikanan dan tinggal di quarters perikanan di Pulau Pinang... dan dia jugak bukan seorang guru agama...namun masih di gelar ustaz. Aku dah dpt mengagak bahawa Ustaz Zul jugak memiliki kebolehan tertentu.

Perbincangan dh menghampiri ke penghujung... dan Ustaz Din memandang terus ke arah aku "Boleh tak? hari Selasa malam ni...kalau boleh..mai amik saya selepas asar" kata Ustaz Din... seolah olah dia dpt membaca fikiran aku..aku tak kan lepaskan peluang.. aku mengangguk kepala dan hanya berkata :"In Syaa Allah". Kami bangun ...mintak diri utk pulang dan bersalaman. Dalam masa yg sama sekali lagi adik ipar aku mengingatkan Ustaz Din.."ustaz..jgn lupa ye...bawak dragon ball tu sekali",

Kami kerumah Ustaz Zul pada hari Selasa itu dan berada di rumahnya sejurus selepas Maghrib seperti yang dijanjikan.. ...dan...disitulah...buat pertama kalinya aku dapat memegang geliga naga tersebut...  aku akan sambung sedikit lagi cerita ini semasa kami berada di rumah Ustaz Zul... apakah kebolehan Ustaz Zul... dan beberapa kejadian disana... jadi aku mohon maaf kerana gambar geliga naga hanya akan aku paparkan dalam bab yg akan datang.

Akan bersambung... Wassalam

No comments:

Post a Comment