Wednesday 25 April 2012

Lagu dan Perasaan

Pernah seorang seniman agung berkata..Tiada kata seindah bahasa dan lagu dan irama tak dapat dipisahkan. Bukan rentak lagu yang akan dibincangkan di sini, tetapi tujuan sesebuah lagu itu dihasilkan. Terdapat lagu untuk kanak-kanak, lagu mengenai keindahan alam, lagu berunsur agama(nasyid), lagu patriotik dan lain-lain. Namun, lagu yang mengambarkan perasaan merupakan yang terlaris di pasaran. Lagu tentang cinta, kasih sayang, kecurangan, kekecewaan, hasrat, pujian, kesesalan dan lain-lain yang berkaitan perasaan. Klip di bawah merupakan satu pernyataan yang ingin di sampaikan.


Here is another nice song that shows an expression in the lyrics


Thursday 19 April 2012

Antara Hati dan Jantung

Apabila seseorang itu begitu gembira, dia dikatakan senang hati. Sebaliknya apabila seseorang sedang menghadapi masalah atau berduka, dia dikatakan susah hati. Bagi orang-orang Melayu, begitu banyak yang dikaitkan dengan hati; sebagai contoh: makan hati, mata hati, ambil hati, jatuh hati, kecil hati, buta hati, pintu hati dan tidak ketinggalan berhati-hati dan banyak lagi. Apakah ada kaitan antara hati dan perasaan? Nampaknya memang ada kaitan yg begitu rapat yang susah nak diperjelaskan. Mengikut fakta biologi, hati (liver) ialah salah satu organ yang terletak di bahagian sebelah kanan perut. Antara fungsi organ ini ialah mencerna dan menyerap makanan, selain tugas utamanya menapis darah sebelum disalurkan kepada bahagian-bahagian lain dan juga bertindak menyahtoksid bahan(makanan) berkimia. Manakala jantung (heart) terletak di sebelah atas kiri dada dan berfungsi untuk mengepam masuk dan keluar darah beroksijen ke bahagian-bahagian lain. Bukan tujuan admin untuk membincangkan hal-hal biologi ini, tetapi hanya untuk membandingkan perbedaan sebutan dan anggapan orang-orang Melayu dan Barat berkaitan hati dan perasaan. Saperti yang dikatakan tadi, bagi orang-orang Melayu memang ada kaitan rapat antara hati (liver) dan perasaan namun bagi orang-orang Barat, jantung (heart) dikaitkan dengan perasaan. mereka menyebut buah hati sebagai (sweet heart), hati waja sebagai (brave heart), patah hati sebagai (heartbreak) dan banyak lagi yang sama maksudnya dan berkaitan perasaan.

Wednesday 18 April 2012

Antara Kawan Dan Sahabat

Jika kita menganggap bahawa kawan dan sahabat itu adalah sama, maka jawapan nya adalah tidak benar. Kawan mudah dicari walaupun hanya berkenalan sekejap di perhentian bas, bertemu semasa sama-sama menghadiri temuduga, semasa berebut-rebut membeli tiket bas, berborak sementara menunggu anak pulang dari sekolah, mengenali melalui facebook, berchatting di dalam satu room dan dalam berbagai-bagai situasi lain yang berbeda. Kawan tidak akan mengenali kita begitu rapat, tidak akan memahami masalah yang sedang kita hadapi dan tidak akan merasai apa yang kita rasa.
Manakala sahabat merupakan seseorang yang setia, sanggup berkongsi perasaan, semasa gembira mahu pun ketika sedang berduka. Sentiasa memberi kita semangat walaupun dia sendiri sedang menderita. ,menjadi pendorong utama, penyuluh harapan dan sentiasa menerima kehadiran kita walau dalam apa jua keadaan sekali pun.