Assalammualaikum... bersambung lagi... mmg byk simpulan yg perlu aku rungkaikan dan byk cerita dan kejadian yg berselerakan saperti sekeping puzzle yg perlu aku cantum dan susun dgn teliti. Aku akan cuba sebaik munkin supaya jalan ceritanya tersusun dan berjalan dgn lancar supaya mudah di fahami. Akan terdpt kejadian2 atau cerita yg munkin bgi sesetgh org lansung tak dpt diterima dik akal pemikiran kita.... especially yg bersangkutan dgn alam ghaib. Bagi kita manusia...kita lebih percaya dan akui dgn apa yg pernah kita lihat dan kita lalui sendiri...dan ada sesetgh cerita yg begitu menyakini dan ada yg lansung tak masuk akal. Its ok...no problem...anggap je mcm korg sdg membaca sebuah cerpen atau pun menonton filem yg hanya lah rekaan semata mata... tiada kaitan dgn yg masih hidup mahu pun yg telah mati.
Allah SWT yang Teragung menjadikan alam semesta yg teramat luas ni dgn alam yg berlapis lapis. Terdapat byk alam di dlm nya.... Alam manusia sahaja terdiri dari tujuh fasa alam..iaitu:
1. Alam Roh
2. Alam Dunia
3. Alam Kubur (Barzakh)
4. Fasa Di Bangkitkan
5. Alam Mahsyar
6. Fasa DiHisab
7. Alam Syurga/Neraka
Blogger tak akan bincangkan ttg fasa alam manusia disini....kecuali "Alam Dunia". Bermulanya keluar dari rahim seorg ibu...sehinggalah ke hembusan nafas yg terakhir...itu lah alam dunia bagi tiap2 makluk di namakan manusia. Melalui Panca Indera yg dikurniakan oleh Allah SWT... kita menjalani kehidupan di dunia ini... kita dpt melihat...dpt merasa...dpt mendengar dan sebagainya, Tapi...haaa...bgaimana pulak dgn benda2 yg kita tak dpt lihat tetapi dia berada berdekatan...munkin sdg berdiri di hadapan kita..?? Kalau seseorg mengatakan...ada seorg tua yg bongkok sdg berdiri dihadapan awak.... Nak pecaya ke Tak ni!! Pastinya kita tak akan percaya...sbb kita tak nmpak.."Mana ada!! Mana ada!!" hahaaa...cpt jer kan..jawapan dari kita...walaupun bulu tengkuk terasa berdiri gak sikit... heheeee...
Itu lah yg di maksudkan dgn alam yg berlapis lapis. Agak susah gak nk dihuraikan...mcm puzzle tu...nk dicantumkan....setelah selesai semuanya diatur dan dicantumkan dgn betul dan tepat...baru lah kita dpt melihat gambaran sebenar yg tertera....Iyaa... mmg byk alam...dan alam ni berlapis lapis dan ada yg bertindih.... dan alam yg paling hampir dgn kita ialah apa yg kita tahu selama ini iaitu alam ghaib (alam jin atau alam bunian). ...yg lain2 tu....mmg di luar jangkauan dan kemampuan otak kita. Biar lah ia kekal begitu sebagai rahsia Allah SWT.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment