Assalammualaikum....
Jom sambung... TCO tak perlukan masa yg lama utk mencari tempat tinggal Nyi Roro Kidul. Lintasan dihatinya terus memberitahu dimana tempatnya Nyi Roro Kidul sedang berada. Tak berapa jauh dari situ... TCO melihat ada satu tempat yg paling tinggi ... dan ianya terdiri dari batu sahaja.... saperti sebuah gua... dimana pintu gua tersebut cuma sebesar separuh pintu.... dan ianya betul2 mengadap ke laut selatan.. TCO perlahan2 menghapiri pintu gua tersebut dgn berhati2 takut sekiranya ia diserang hendap pulak nanti. Sekiranya korg pernah dgr cerita ttg keadaan alam ghaib.. alam ghaib ni keadaan nya berbeza sikit dari alam nyata. Selain masanya yg bergerak jauh lebih perlahan... keadaan disana agak sedikit dalam kekaburan...tidak secerah di alam nyata walaupon disiang hari... apatah lagi diwaktu malam.... walaupon dalam keadaan yg agak gelap ini... TCO masih dpt melihat semuanya dgn jelas.
Dengan keadaan yg penuh waspada... perlahan2 TCO terus menghampiri pintu gua tersebut dalam keadaan terhendap2... terus mendekati pintu gua tersebut...dan di dalamnya terdapat cahaya dati nyalaan nyamung ...iaitu api. TCO terus melihat ke dalam saperti sedang mengintip... terdapat satu batu yang terdampar saperti sebuah pentas. Di atas batu tersebut dibahagian tengah ada seseorang sedang duduk bertimpuh... dia hanya memakai kain batik keparas atas dada. rambut hitam berkilat ikal mayang... dan diatas kepala saperti mahkota kecik yg melilit di dahi.... di sebelah kiri tangan bahagian atas terlilit lagi sesuatu (yg kebiasaannya dipakai oleh org2 indonesia dibali). Kulitnya putih kemerahan dan raut wajahnya teramatlah cantik sekali. Terlopong mulut TCO dgn mata yg tidak berkelip.. "Jin ke manusia ni?" setahunya... kalau rupa jin mmg sgt2 hodoh.... tapi yg satu ni merupakan yg tercantik yg pernah dilihatnya. Ada beberapa org lgi makluk yg merupai perempuan yg sedang melayan dan jauh di belakang kelihatan kelibat seorang perempuan tua yg berambut putih panjang... mukanya berkedut seribu dan berjalan bongkok sambil memegang satu tongkat.
Dik keasyikan melihat keindahan wajah perempuan yg sedang duduk di tengah2 hamparan batu tersebut.. terlupa sudah niat kedatangan nya ke situ... dan dlm masa yg sama timbul suatu rasa di hati TCO... semacam tidak puas melihat kecantikan perempuan tersebut... Ternyata.. perempuan ini lah yg di namakan Nyi Roro Kidul. Timbul rasa tak sampai hati untuk mengurung nya disitu disebabkan rasa tidak puas melihat perempuan tersebut.
Lastas TCO membatalkan niatnya dan berniat utk pulang saja kerumah... dalam hati dia berbisik... ingin lagi aku melihat perempuan ini... mmg lansung tak jemu dipandang.
TCo terus pulang dan apabila sedar dia sdh pon berada di rumah... kemudian baru dia tersedar bahawa dia telah gagal melaksanakan tugas yg telah di berikan kepadanya...
Apa kah kesudahan nya... sama2 kita ikuti dalam episod yg akan dtg... sbb aku dah mengantuk sgt2 nie.. Jumpa lagi nnti ... akan bersambung..
Wassalam